
| Roy Rasul Wed Feb 21, 07 10:33:44 AM | |
| KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) – Tragedi malang yang dialami seorang pelatih, Mohd Hazim Ahmad Azman, 19, yang mendakwa didera beberapa pelajar senior pelatih Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Alor Star, Kedah baru-baru ini, tidak sepatutnya berlaku terutamanya dalam profesyen ketenteraan yang penuh kehormatan dan disiplin. Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi hari ini berkata, perbuatan buli sehingga menimbulkan keganasan di luar batasan kemanusiaan perlu ditentang. Tegas beliau sepatutnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lebih bertegas dalam isu ini kerana tindakan disiplin segelintir anggota yang tidak berdisplin boleh menjejaskan imej tentera keseluruhannya. |
| Saidah Hairan Thu Feb 22, 07 04:54:02 AM | |
| KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) -Negeri Johor yang dilanda dua gelombang banjir pada Disember dan Januari lalu akan menghadapi suasana serupa pada masa akan datang memandangkan faktor kekuatan hujan (magnitude) di negeri itu. Pensyarah Jabatan Geografi Universiti Malaya, Profesor Dr Hamirdin Ithnin berkata, perubahan iklim dunia memberi kesan kepada kekuatan tiupan angin menyebabkan lebih banyak angin tengkujuh sampai ke bahagian selatan Semenanjung. Ini mengakibatkan beberapa negeri di Semenanjung terutamanya Johor mencatatkan kadar turun hujan yang tinggi. Faktor pemanasan global (global warming) jelasnya, menjadikan suhu yang dialami negara lebih tinggi berbanding 15 tahun dahulu. Menurut beliau, kadar suhu purata yang dicatat di tengah bandar Kuala Lumpur pada jam 3 petang meningkat dari 33 darjah selsius kepada 34 darjah selsius. "Pada 15 tahun lalu, suhu 33 darjah selsius terlalu panas bagi negara ini tetapi sekarang ia dianggap biasa," ujarnya. Keadaan yang melanda negara ini, tegas beliau membuktikan kebenaran fenomena pemanasan global kerana di banyak tempat suhu didapati meningkat daripada 16 darjah selsius kepada 18 darjah selsius. |